Sisi-sisi sunyi sebuah kota
Pergi ke pasar di tengah bandar Kota Kinabalu pada waktu malam dan menyaksikan manusia dari setiap lapisan umur. Disajikan dengan bau-bau rokok serta kebisingan bunyi pasar. Namun tetap ada sisi menarik pasar ini, iaitu ia dibuka pada tiap tiap malam. Kiranya setiap malam adalah pasar malam dan pasar basah juga dibuka pada waktu malam. Kebiasaannya pasar ini ditutup pada waktu lebih kurang 11 malam. Bersama Kak Ummu, kami pergi ke sana lebih kurang pukul 10 malan namun suasana masih lagi hingar bingar dengan laungan peniaga ikan, ayam, sayur, buah dan sebagainya. Semasa kami ralit memilih ikan ada seorang budak perempuan menghampiri kami sambil memegang plastik. Kak Ummu belum perasan kerana dia membelakangi kanak-kanak perempuan tersebut. Riak muka kanak-kanak perempuan tersebut seakan mahu meminta sesuatu sambil mengangkat plastik kosong berwarna hitam. Disisinya ada sebuah beg yang digalas yang jelas boleh dilihat isinya iaitu plastik bewarna hitam....